selamat datang ke laman

  • LAMAN UTAMA
  • Mengenai kami
  • Hubungi kami
  • More
    • LAMAN UTAMA
    • Mengenai kami
    • Hubungi kami
  • LAMAN UTAMA
  • Mengenai kami
  • Hubungi kami

Mengenai PPIM


mengenai ppim

VISI

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : 

   Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. 

   Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari 

      segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. 

   Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, 

      keluarga, masyarakat dan negara.

MISI

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan 

    Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri 

       melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. 

    Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat 

       menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF DI PERINGKAT SEKOLAH

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:- 

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang 

       Taat kepada Allah, Raja dan Negara 

       Berilmu 

       Berakhlak mulia 

       Berbakti kepada masyarakat 

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan    

       kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka 

       berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa 

       dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima 

       masyarakat. 

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut : 

  Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. 

  Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. 

  Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja  

     kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. 

  Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. 

  Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. 

  Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan 

     masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 

    Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan 

       huruf jawi Permulaan daripada perkataan“PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa 

       Alif) 

    Di bawah logo ini tertulis perkataan :- “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN 

       PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin PENGERTIAN WARNA 

           Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan 

           Hijau : Agama 

           Taqwa sebagai TERAS 

           Putih : Kesucian 

           Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Copyright © 2019

Darul Puteri Community Centre 

All Rights Reserved.